Sebelum
ini aku agak kehilangan mimpi indah.. Mungkin sebab tukar tempat tidur kot..
Agak lama aku menunggu mimpi2 indahku kembali.. Akhirnya ia kembali jua pada
pagi tadi..
Aku
seakan-akan berada di suatu bandar seperti di Manjung bersama emak.. Kami ingin
membeli-belah kerana pada masa itu merupakan sale.. Kami mengunjungi dari satu
kedai ke satu kedai.. Saat melalui sebuah kedai, terdapat ramai pemuda yang
gayanya seakan-akan Korean look.. Beberapa antara mereka memandangku dan
bercakap sesama sendiri.. Aku bingung memikirkannya.. Namun aku terus
meneruskan langkah bersama emak di sisi..
Aku
memasuki sebuah rumah kedai menjual pakaian.. Emak menunjukkan aku sehelai
cardigan berwarna hitam dan kelabu.. Aku turut tertarik pada baju itu dan
meminta emak membelikannya untukku.. Emak berkata, “Banyak cantik.. Guna duit
sendiri laa, ”.. Lantas emak dan aku ketawa kecil.. Saat melihat di sekeliling,
aku terpandang arah belakangku.. Aku perasan seakan beberapa orang pemuda tadi sedang
mengekoriku.. Emakku turut menyedarinya lantas meminta aku dan dia berpecah..
Aku
melalui celah-celah rak pakaian dan meluru keluar melalui pintu hadapan.. Aku
menghayun kaki dengan pantas sambil menoleh ke belakang memastikan mereka tidak
mengikutku.. Agak kelamaan berjalan pantas, aku semakin lelah.. Lalu aku
memberhentikan langkah di hadapan sebuah rumah kedai yang bercermin gelap.. Aku
menarik nafas dalam sambil menutup mata rapat.. Saat membuka mata, betapa
kagetnya aku melihat beberapa pemuda tadi sudah mengelilingi aku.. Aku menjadi
panik dan ingin melarikan diri lantas dihalang oleh mereka semua.. Aku ingin
berlari ke dalam kedai tersebut untuk meminta tolong tapi niatku terkubur saat
mengetahui apa yang ada di dalam kedai tersebut.. Itu merupakan kedai urut yang
sangat gelap..Tiada sedikit pun lampu yang dibuka di dalam kedai tersebut.. Aku
semakin panik dan panik..
Saat itu
aku berhadapan dengan salah seorang pemuda yang berada di kananku.. Wajahnya
saling tak tumpah seperti DW.. Aku bertatapan dengannya buat seketika dan dia
seperti ingin mengatakan sesuatu kepadaku.. Belum sempat dia mengungkapkannya,
tanganku ditarik dari arah belakang.. Pemuda yang bersamanya yang mengekoriku
sejak di kedai lain tadi menarikku untuk ke suatu tempat.. Aku berkeras tidak
mahu pergi dan menarik kembali tanganku yang berada kemas dalam gengamannya..
Secara tiba-tiba, dunia dirasakan seakan berpusing, mata semakin kelam dan
tubuhku seakan melayang ke belakang.. Aku pengsan dan kemudian…. Aku terjaga..
Begitulah berakhirnya mimpiku yang sejak lama
tidak muncul di setiap malamku…
*DW tuu actually Dong Woon ^^
Inilah DW yang saya mksudkan td tuu.. :D


