Saat kita bersendirian, seringkali fikiran kita seakan-akan melayang-layang memikirkan sesuatu. Dan kadang-kala kita sendiri tak tahu apa yg sedang kita fikirkan. Dan di saat sendirian juga, tanpa kita sedar, muncul wajah insan2 yg kita sayangi dan yg kita rindukan. Saat itu, segala kenangan yg pernah tercipta mula ditayangkan. Setiap detik dan setiap inci tempat di mana semua kenangan itu dicipta tidak sedikitpun tertinggal. Dan tanpa sedar akan ada suatu kenangan yg akan membuatkan kita mengalirkan air mata. Mungkin kerana terlalu gembira. Atau mungkin kerana terlalu sedih. Dan sedih pula barangkali kerana kenangan itu tidak akan dapat kita rasainya lagi buat selama-lamanya.
Bagi diriku pula, aku gemar bersendirian kerana saat itu membuatkan aku rasa dekat dengan kenangan yg pernah tercipta. Dia merupakan insan teristimewa dalam hidupku. Dia berada di sampingku setiap detik dan waktu. Dia tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat. Hari pertama aku melihat dunia ini, dia setia di sisiku. Kemana saja aku berada, dia sentiasa setia di sisiku. Sakitku, sakitnya jua. Sedihku, sedihnya jua. Sukaku, sukanya jua. Gembiraku, gembiranya jua.
Saat itu, dunia dirasakan seakan-akan lengkap dengan kehadirannya. Segala permintaanku pasti dia cuba untuk memenuhinya. Tidak sedikitpun kurasakan kurangnya dalam merasai kasih sayang yg dia curahkan. Segala kenangan masih mekar dlm kotak ingatanku.
Aku ingat lagi saat aku masih tadika, setiap kali waktu rehat dia bersama ibuku tersayang akan datang dengan membawa bermcm2 jenis makanan ringan termasuklah sumi2, jelly mangga, keropok2 dan gula2. Dan mereka akan pulang sebaik saja waktu rehatku tamat. Ada waktunya dia membawa kami sekeluarga ke tempat yg paling aku gemari, Bukit Merah Laketown Resort n Waterpark. Terbayang lagi suasana dia mengajarku berenang dan menemaniku bermain2 di sana.
Saat aku mula2 melangkah masuk ke darjah 1, dia dan ibuku setia menemaniku setiap kali waktu rehat sehinggalah aku terbiasa utk ke kantin dengan sendirinya. Meningkat tahun, begku semakin berat dek buku yg semakin byk yg perlu dibawa. Setiap pagi sebelum dia ke tempat kerja, dia akan membawa begku di atas motornya dan mengikutiku perlahan2 dr arah belakang. Sesampainya di sekolah, dia akan membawa begku sehinggalah ke kelas dan meletaknya di tempat dudukku. Dan sebelum dia beransur pulang, aku akan menyalaminya. Masih dapat kubayangkan suasana saat itu.
Waktu semakin berlalu dan aku sudah melangkah masuk ke Ting 1. Teringat saat kami sekeluarga shopping di Billion bg memenuhi kelengkapan sekolahku. Saat keputusan PMR ku tidak seperti yg aku ingin, dia menelefonku dr tempat kerjanya dan memberi kata2 semangat bahawa dia berasa bersyukur dan gembira akan keputusanku. Pada malam itu, dia membawa kami sekeluarga makan2 di McD sempena meraikan kejayaanku walaupun aku tidak mendapat all A's.
Saat aku mengambil result SPM, dia setia menantiku di dlm kereta. Saat aku melangkah masuk ke dalam kereta dan menunjuk slip keputusan SPM itu kpdnya, dia mengucapkan tahniah kpdku kerana aku mndapat result yg memuaskan hatinya. Masih trbayang riak wajahnya saat itu. Sepanjang perjalanan dia tidak henti2 memberi kata2 peransang buatku agar aku terus bersemangat utk sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi.
Masih segar dlm ingatanku saat keputusan UPU keluar, dia sedang berada di sebelah tangga rumahku bersama lappyku di sisinya. Dialah yg check result UPU aku dan memberitahuku bahawa aku diterima masuk ke UiTM dlm jurusan Polymer Technology. Pada mulanya aku sedikit sedih kerana aku tidak dpt course yg aku inginkan. Namun kata2 semangat dan dorongan yang tidak pernah lekang dr bibirnya membuatkan aku kembali bersemangat utk menyambung pelajaranku di sini.
Dialah insan yg paling sibuk dlm menguruskan persiapanku utk sambung belajar. Segala keperluan dan kelengkapanku dipenuhinya. Tak dpt aku rungkaikan di sini secara terperinci segala kenangan yang pernah tercipta bersamanya. Saat aku merasa seakan-akan jatuh, segera fikiranku terarah pdnya. Aku harus melakukan sehabis baik kerana aku melangkah ke sini jua kerananya. Berkat kata2 semangat drpnya. Dialah pencetus semangatku.
Sesungguhnya begitu banyak kenangan yg tidak dapat aku ungkapkan melalui penulisanku ini. Biarlah kesemuanya abadi di dlm kotak ingatanku buat selamanya.
Love you appa..imysm..xoxo
0 budak comel komen