Tanggal 29 Oktober
2013, jam 9.45 malam, aku kehilangan seorang insan yang sangat bermakna dan
berharga dalam hidupku. Tiada dia, tiadalah aku di dunia ini. Sesungguhnya jika
dibariskan jutaan manusia untuk ku gantikan
tempatnya, pastinya tiada seorang pun bisa berbuat demikian. Dialah insan yang
sentiasa setia berada di sisiku saat kurasakan seisi dunia seakan memusuhiku. Masih
terkenang segala kenangan yang masih segar di kotak fikiranku saat diriku
dimanja dan dibelai olehnya. Saat ku masih di tadika, tidak pernah dia terlupa
untuk mengunjungi dan menghantarkan kepadaku makanan kegemaranku. Begitu juga
seterusnya sehinggalah aku masuk ke sekolah rendah. Mengunjungiku di sekolah
pada waktu rehat menjadi rutinnya sehinggalah dia yakin aku boleh berdikari. Namun
sekali sekala ada juga dia datang seperti dahulunya. Saat aku melangkah masuk
ke sekolah menengah, dia bersama emakku setia berada di sisiku pada hari
pertama persekolahanku. Masih terngiang-ngiang suasana pada hari itu, dia
tersenyum memandang ke arahku. Sepertinya aku dapat membaca fikirannya saat itu
bahawasanya, “anak ayah sudah besar,”.
Pada hari keputusan
PMR diumumkan, aku tidak berjaya beroleh kesemua A dalam kesemua mata
pelajaran. Setelah pulang ke rumah dan memberitahu keputusan itu kepada emakku,
hatiku berasa sangat sayu kerana tidak dapat memenuhi impian mereka. Perlahan-lahan
air mata menitis laju di pipiku. Saat aku menyembunyikan diriku di dalam bilik,
emak memanggilku dan menyerahkan telefon kepadaku. Masih dapat kudengari
suaranya yang berada di hujung talian, memberi kata2 semangat kepadaku dan
mengatakan bahawa meskipun aku tidak dapat beroleh kesemua A namun dia tetap
berasa bangga dengan keputusanku. Hatiku dipaut rasa sayu dan terharu saat
mendengar suaranya yang tidak pernah berhenti membangkitkan semula semangatku
apabila ianya semakin hilang.
Semasa aku berada di
tingkatan 4, saat inilah bermulalah segala yang bakal merubah segalanya dalam
hidupku. Dia dimasukkan ke hospital. Suasana sekeliling saat menjaganya di
hospital masih segar di kotak ingatanku. Ada suatu hari yang merupakan hari
pertama dan pertama kalinya dalam hidupku, saat melihat seorang doktor mengambil
darahnya, aku telah pengsan. Kemudian sejak dari itu, hospital sudah menjadi
seperti rumah keduanya. Dari Hospital Manjung sehinggalah ke Hospital Kepala
Batas kemudian Hospital Bukit Mertajam dan akhirnya Hospital Tanjung. Pelbagai jenis
kesakitan dia rasakan. Perit dan pedih hatiku saat melihat dia menitiskan air
mata selepas operation yang memerlukan perutnya ditebuk tanpa bius untuk
mengambil beberapa sample untuk dibuat kajian.
Saat keputusan SPM
diumumkan, dia turut hadir bersama family ku
yang lain namun dia sekadar menungguku di dalam kereta memandangkan dia
mengalami masalah kesihatan yang lain yang tidak mengizinkannya untuk berdiri
dalam tempoh waktu yang lama. Saat ini, dia mengatakan kepadaku bahawa dia
bersyukur sangat2 dengan keputusan yang aku perolehi. Kata2 semangatnya tidak
pernah sedikitpun menghampakanku malah menjadikanku lebih kuat. Dan sekarang, course yang aku ambil sekarang adalah pilihannya.
Sedikitpun aku tidak berasa menyesal atau apa2 meskipun pada asalnya ia sangat
berlainan dengan minatku, asalkan dia gembira, everything is worth for it. Takkan
pernah kusia-siakan course ini dan segala yang kulakukan hanyalah demi dia dan
demi keluargaku. Kini ku berada di tahun akhir pengajianku. Aku akan berusaha
sehabis baik demi memenuhi permintaan terakhirnya. May Allah ease everything
for me and my family.
Kini, dia sudah
tiada. Dia sudah tiada untuk membantuku menguruskan kewanganku. Dia sudah tiada
untuk menegurku saat aku melakukan kesalahan. Dia sudah tiada untuk
mengingatkanku supaya jangan pernah meninggalkan solat. Tiada lagi kata2
semangat yang sangat2 kunantikan selama ini. Tiada lagi gelak tawanya yang
dapat kudengari. Tiada lagi belaian daripadanya. Tiada lagi segalanya
tentangnya. Sesungguhnya aku rindu. Rindu untuk mendengar suaranya memanggil
namaku. Rindu untuk melihatnya begitu khusyuk saat membaca newspaper dan
menonton berita di tv. Rindu untuk mendengarnya bercerita kisah zaman kecilnya.
Rindu untuk berdebat dengannya. Rindu segalanya tentangnya.
Saat yang paling perit
dalam hidupku adalah saat ketikanya aku membacakan surah Yaasiin untuk insan
yang paling aku sayangi yang kutahu bahawa dia bakal pergi meninggalkanku. Saat
melihat dan merasa tiada lagi denyutan nadi padanya. Saat itu juga aku berasa
sangat down apabila memikirkan insan yang selama ini sentiasa berasa di sisiku
sudah tiada lagi di dunia ini. Insan yang sentiasa menjadikan masalahku
dirasakan seakan-akan begitu mudah untuk diselesaikan. Sehinggakan kumerasakan
untuk meninggalkan segala hobi malah untuk tidak lagi melawat tempat2 yang bisa
membuatkan aku mengingatinya kerana saat itu hatiku sangat sakit dan pedih apabila
kehilangannya. Saat kecil dulu, aku pernah berfikir bahawa saat aku meningkat
dewasa nanti, tiada apa yang perlu aku takut atau runsingkan kerana aku ada....dia…emak..dan
abang2ku yang akan sentiasa melindungiku…..always be there through my ups and
downs. Namun segalanya berubah. Apabila. Dia. Pergi dari hidupku buat
selama-lamanya......
Dia ialah ayahku. Dia ialah cinta pertamaku. Dia ialah
waliku. Dia ialah imamku selama ini. Dia jugalah hero dan idolaku.
Ayah… Meskipun kini
kita berada di dunia yang berlainan, namun doaku tidak pernah putus untukmu. Kudoakan
agar dikau tenang dan bahagia di sana. Terima kasih atas kasih sayang dan
segalanya yang telah kau berikan kepadaku selama ini. Terima kasih ayah. Adik sayang
ayah. Dan kupanjatkan syukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana mengambilnya
dengan keadaan yang begitu baik sekali. Alhamdulillah ya Allah. Al-Fatihah.
Aamiin.
Dan kepada sesiapa
yang mempunyai ibu bapa, berbuat baiklah kepada mereka. Jangan pernah kau
guriskan hati mereka. Apabila ada kata2 mereka yang menyinggung perasaan kau,
sabarlah. Itu hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan segala pengorbanan
mereka kepada kau selama kau hidup ini. Kau takkan pernah tahu bahawa saat
malam sebelum tidur, ibu bapamu berbicara sesama mereka berceritakan tentang
dirimu. Rasa bersalah dan kasihan kepadamu saat merasakan mereka masih tidak
dapat memberikan yang terbaik buatmu. Bersyukurlah dengan apa yang mereka
sediakan kepadamu kerana sesungguhnya bukan mudah untuk mereka memenuhi kesemua
itu.
Assalamualaikum…


0 budak comel komen